Langkah Ejen Hartanah Bagi Pihak Pemilik Hartanah
Assalamualaikum..Selamat Petang semua..
Nak share tips kepada pemilik hartanah..
1.Pastikan melantik Ejen Hartanah yang berdaftar
2.Kenal pasti Agensi Ejen Hartanah.
3.Selepas melantik Ejen memerlukan beberapa maklumat dokumen hartanah seperti berikut :
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Surat Perjanjian Jual Beli
Salinan Geran (jika ada)
Salinan Surat Perjanjian Jual Beli
Salinan Geran (jika ada)
Kenapa perlu kad pengenalan sebab ejen juga kena mengenal pasti bahawa adakah benar individu yg ejen berurusan adalah pemilik yang sah
Kenapa perlu Salinan Perjanjian Jual Beli sebab ejen perlu maklumat tarikh hartanah di beli,size hartanah,pemilik sebenar,nama pemaju, dan sbagainya.
Kenapa perlu Geran (jika ada) utk ejen dpatkan maklumat status hartanah sama ada freehold/leasehold atau rezab melayu.
Selalunya pemilik tahu akan status hartanah nya sendiri..akan tetapi ejen perlu lebih efisien utk dapatkan dokumen geran/carian utk pengesahan status hartanah.
4.Ejen perlu mengambil gambar hartanah dan kawasan sekeliling hartanah bagi tujuan pengiklanan dan semakan penilaian hartanah
5.Ejen juga akan bantu pemilik utk semak penilaian melalui jurunilai bagi mendapatkan harga yg sesuai utk di iklankan .Ejen juga akan bantu pemilik dan menasihat sekiranya perlu penurunan harga atau kenaikan mengikut pasaran.
6.Ejen akan mengiklan hartanah di platform online,offline,flyers,open viewing dan byk lagi.(bergantung pada praktis seseorg ejen)
7.Ejen akan ambil lantikan antara minimun 3/6bulan hingga 1 tahun atau lebih.Tujuan lantikan ini adalah untuk pemilik memberi kebenaran kepada ejen menjalankan urusan penjualan,semakan penilaian hartanah,memasang banner,dan membawa client yg ingin membeli untuk melihat hartanah pemilik.Termaktub juga fees ejen yang di tetapkan,dan jenis lantikan sama ada exclusive atau adhoc.
8.Lantikan jenis exclusive adalah lebih baik kerana pemilik hanya akan berurusan dengan seorang ejen sahaja dan sekiranya adhoc,maka pemilik boleh melantik ejen lain pda bila2 masa sahaja..Kebaikan Exclusive adalah mengelakkan pemilik memberi harga yg berlainan kepada ejen yg berlainan dan tidak clashing price antara ejen2 lain..
Lantikan exclusive juga membantu ejen yang dilantik berurusan dengan ejen lain dari agensi berlainan tanpa mengganggu pemilik..Jadi pemilik tak perlu berurusan dengan ramai ejen(ejen di lantik akan berurusan dengan ejen2 lain bg pihak pemilik)dan kebaikan lain2..
9.Didalam lantikan juga termaktub professional fees seseorang ejen..iaitu 3% dari harga jualan hartanah..Fees ini telah di tetapkan di dalam akta LPPEH..Pembeli perlu sediakan bayaran deposit awalan dalam bentuk cek,bank draf atau transfer ke akaun pelanggan sesuatu agensi..DI LARANG MEMBAYAR TUNAI KEPADA PEMILIK ATAU EJEN.Kecuali agensi shaja..
Ini adalah kerana sekiranya berlaku tidak lulus loan pembeli atau apa2 yg berkaitan pembatalan dan ada persetujuan pulangan deposit semula pada pembeli maka agensi boleh memulang semula deposit dalam tempoh yg di tetap kan..akan tetapi sekiranya di beri kepada pemilik atau ejen perseorangan maka boleh berlaku penyelewangan wang deposit itu dan tidak mungkin di pulang kan..
10.Ejen akan ambil pandangan pemilik bagi setiap urusan hartanah pemilik itu.
11.Segala penurunan harga haruslah melalui pemilik hartanah sendiri.
12.Ejen juga perlu memberitahu kepada pemilik sekiranya pembeli akan berurusan dengan bank tempatan,atau LPPSA..Dan juga sekiranya pembeli ingin mengeluarkan wang KWSP utk tujuan bayaran 7% atau 10% perlu melalui persetujuan pemilik.
13.Proses menandatangan Perjanjian Jual Beli sebaiknya dijalankan di antara 14 hari utk mengelakkan perubahan fikiran ataupun pembatalan proses..kerana ini akan merugi kan kedua2 pihak.
14.Untuk pengetahuan pemilik bagi proses keseluruhan bagi status hartanah freehold/bumilot akan ambil tempoh antara 6-8 bulan
Freehold/Non Bumi antara 4-6 bulan
Leasehold bumilot/nonbumi lot antara 6-9 bulan atau lebih..
Dan lain2..
Dan banyak kefahaman lain2 yang perlu pemilik ambil tahu dari seseorang ejen yang di lantik bagi menyenangkan urusan penjualan hartanah.
Nasihat/Pandangan:
Dalam segala urusan ada unsur kepercayaan..jadi haruslah ada kepercayaan antara kedua2 pihak bagi pengurusan sesuatu perkara..
Dan ejen juga haruslah menjalankan perkhidmatan secara professional bagi memartabatkan kerjaya/bisnes sebagai ejen hartanah.
Dan ejen juga haruslah menjalankan perkhidmatan secara professional bagi memartabatkan kerjaya/bisnes sebagai ejen hartanah.
Pemilik tidak menukar harga hartanah secara mendadak atau tiba2 dengan kerap..sama ada menaikkan harga atau menurunkan harga..
Tidak sama sekali membatalkan atau tidak suka dengan pembeli atas dasar ikut suka tanpa pemberitahuan awal.
Pemilik harus bijak untuk meletakkan harga jualan yg sesuai mengikut harga pasaran dan penilaian agar tidak terlampau tinggi yang akan membuat kan hartanah terlalu lama dalam market dan tidak terjual..dan tidak juga terlampau murah sehingga menggugatkan harga pasaran.
Banyak lagi tips dan sharing akan datang..
Semoga membantu..
Sekian..
Comments
Post a Comment