SYARAT PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH DI MALAYSIA
Hari ini nak share maklumat rumah kos sederhana dan kos rendah ikut negeri..Tapi semua maklumat ni ada yang berubah..dan ada yang akan berubah ikut pada negeri masing2..
boleh layari laman web jabatan perumahan ikut negeri..nti akan datang sya share link utk setiap web site....
SYARAT PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH DI NEGERI SELANGOR
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Bermastautin di Negeri Selangor
- Satu keluarga satu permohonan sahaja
- Pemohon atau suami/isteri pemohon belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta
- Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan
PERUMAHAN AWAM DBKL KOS RENDAH / KOS SEDERHANA
- Warganegara Malaysia (keutamaan kepada rakyat Terengganu).
- 21 tahun hingga 50 sahaja yang layak memohon.
- Berkahwin (10% rumah untuk yang masih bujang).
- Pemohon dan pasangan belum pernah beli rumah.
- Pemohon dan pasangan tak pernah terima anugerah / bantuan tanah kediaman daripada pihak kerajaan.
- Pendapatan isi rumah (pemohon dan pasangan) tak lebih RM3,500 sebulan.
- Bagi pemohon dan pasangan yang kerja dalam sektor awam, hanya gred 1 hingga 22 sahaja yang layak memohon.
- Anggota beruniform bertugas di luar Terengganu layak dipertimbangkan.
- Isteri ke-2 dan seterusnya layak dipertimbangkan kalau ada sumber pendapatan sendiri.
- Pemohon berumur 50 tahun ke atas boleh dipertimbangkan. Dengan syarat, ada jaminan bayaran daripada ahli keluarga terdekat.
- Kelulusan khas akan dipertimbangkan bagi penduduk yang terlibat dengan bencana alam, kebakaran, atau pengambilan balik tanah oleh kerajaan.
SYARAT PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH DI PULAU PINANG
- Bermastautin di Pulau Pinang.
- Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan.
- Pendapatan suami / isteri tak lebih RM750, atau pendapatan keluarga tak lebih daripada RM1,500.
- Tidak pernah membeli rumah (walaupun telah dijual, pemohon suami / isteri tak layak memohon).
- Ahli keluarga (suami / isteri dan anak-anak) dalam tanggungan sekurang-kurangnya 5 orang (boleh diberi pengecualian mengikut kes).
- Pertimbangan khas diberi kepada pemohon (isteri / suami) yang kurang upaya / ibu tunggal / balu-balu bekas anggota pasukan keselamatan yang terkorban semasa dalam tugas / setingga-setinggan projek kerajaan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.
- Dokumen yang perlu disertakan bersama pemohon:
- Berdaftar sebagai pengundi Negeri Pulau Pinang (sertakan slip pengesahan tempat mengundi yang boleh diperolehi dari laman web rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.
- Salinan kad pengenalan pemohon dan suami isteri.
- Salinan sijil nikah / pendaftaran perkahwinan / Akuan Sumpah Perkahwinan pemohon.
- Sekiranya duda / anda, sertakan sekali salinan Surat Daftar Cerai (sekiranya bercerai) atau Salinan Sijil Kematian (sekiranya isteri / suami telah meninggal dunia).
- Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran anak / tanggungan.
- Sekiranya bekerja dengan kerajaan / sertakan dokumen berikut:
- Surat pengesahan terkini daripada majikan / salinan penyata gaji terkini pemohon dan suami / isteri.
- Salinan penyata KWSP terkini pemohon dan suami / isteri.
- Pengesahan daripada Pejabat KWSP walaupun tak mencarum.
- Kalau anda berniaga atau bekerja sendiri, sertakan dokumen ini sekali:
- Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan suami / isteri.
- Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat / Lesen Perniagaan (kalau ada).
- Pengesahan dari Pejabat KWSP walaupun tak mencarum.
- Borang B Cukai Pendapatan (yang mana berkenaan).
- Kalau tidak bekerja pula, sila sertakan:
- Surat Akuan Sumpah Salinan Kad Pengenalan OKU (suami / isteri dan tanggungan jika berkaitan).
- Pengesahan dari pejabat KWSP walaupun tidak mencarum.
- Salinan kad pengenalan OKU (suami / isteri dan tanggungan jika berkaitan).
- 3 keping gambar rumah dari sudut tepi, belakang, dan depan (bagi kes rumah uzur / kebakaran / bencana alam, dan lain-lain).
- 2 keping gambar pemohon (saiz pasport).
- Berdaftar dengan pengundi Negeri Pulau Pinang (sertakan slip pengesahan tempat mengundi yang boleh diperolehi dari laman web rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.
- Nota: Syarat-syarat di atas boleh dipinda / ditambah oleh Kerajaan Pulau Pinang mengikut keadaan dari masa ke semasa.
SYARAT PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH DI PERAK
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Pemohon belum memiliki rumah kos rendah sahaja yang layak memohon.
- Pendapatan isi rumah tak melebihi RM2,500 sebulan.
- Perakuan pemohon:
- Untuk orang awam atau kakitangan swasta:
- Sediakan Akuan Sumpah menurut peruntukan kuasa Akta Akuan Berkanun 1960.
- Untuk kakitangan kerajaan / tentera / polis:
- Perakuan dan pengesahan oleh Ketua Jabatan pemohon.
- Untuk orang awam atau kakitangan swasta:
- Sediakan:
- Salinan kad pengenalan terkini pemohon dan isteri / suami.
- Salinan sijil nikah / daftar perkahwinan.
- Salinan kad kelahiran / kad pengenalan anak-anak dan lain-lain tanggungan.
- Salinan sijil kematian / penceraian sekiranya pemohon berstatus balu / duda / janda.
- Salinan slip gaji terkini bagi 3 bulan berturut-turut.
- Penyata KWSP pemohon dan pasangan.
- Surat pengesahan dan perakuan pendapatan pendapatan bulanan pemohon dan isteri / suami dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / penghulu / Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
- Sekeping gambar warna berukuran pasport (terbaru).
Nota: Kalau ada yang tak lengkap, permohonan korang akan ditolak.
Comments
Post a Comment